LEMBU

Lembu Pejantan Baru..

Bulan Januari lepas,memang musim khas membeli pejantan,lepas beli pejantan biri den beli pejantan lembu pula.Krtieria utama pemilihan adalah baka yang sederhana besar, sudah biasa dengan sistem lepas ragut dalam ladang sawit dan paling penting tidak mandul.Hehe.Melihatkan 'trend' semasa ramai yang membeli pejantan baka eksotik(Eropah) dan baka British seperti Limousine,Charolais,Angus,Blonde d'Acquitane,Hereford,Droughmaster dan lain-lain  baka yang den sendiri tidak pernah dengar sebab ada hampir 800 jenis baka lembu di dunia ini.Tapi lembu domestik boleh dikategorikn kepada 2 kumpulan iaitu Bos Taurus(baka Eropah,Asia Timur,Afrika) dan Bos Indicus@Zebu (Asia Selatan,Asia Tenggara,Amerika Latin).

Lembu Kedah-Kelantan(KK) termasuk dalam kumpulan Bos Indicus@Zebu. Dan baka lembu Indicus paling 'glamer' tentunya Brahman.Sampai ada ke US dan Australia pun bela baka ni terutama di bahagian negeri mereka yang beriklim sub-tropika/tropika.Australia Utara dan US Selatan beriklim sub-tropika/tropika jadi diorang bela baka yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap parasit/penyakit dan lasak dengan keadaan yang agak mencabar ni.Lembu baka British pernah cuba diternak dikawasan Australia Utara dan selepas 100 tahun hampir semua lembu disana mempunyai darah Zebu(kesimpulannya baka British tak sesuai dibela dikawasan tropika kecuali dikacukkan dengan baka tempatan).Den cari-cari juga informasi pasal kambing Boer bela dekat bahagian utara Australia ni,tapi memang kurang diternak di sini banyak di kawasan selatan yang beriklim sederhana.

Lembu ini juga dibezakan dengan tempoh matang,ada cepat matang,sederhana matang,dan lambat matang.Cepat matang seperti baka Wagyu,Kedah-Kelantan(KK) dan British(Shorthorn,Angus,Hereford dll).Ciri jenis cepat matang ini adalah dia saiz kecil,berlemak pada usia lebih awal,subur(sebab lemak lebih awal terbentuk,berkait dengan kesuburan),capai kematangan seks lebih awal(beranak awal).Sederhana matang seperti baka Brahman,Santa Gertrudis dan Droughmaster.Ciri-ciri dia berada di tengah antara cepat matang dan lambat matang.Lambat matang seperti baka Eropah seperti Charolais,Limousin,Simmental dan Blonde d'Acquitane.Ciri-ciri lambat matang seperti saiz besar,daging kurang lemak(lean),subur tapi memerlukan sumber makanan yang banyak untuk mencapai berat sesuai disebabkan saiz besar.Untuk keterangnan lanjut rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/lembu-british-vs-lembu-french.html .

Itu baru intro pasal lembu,untuk mencari baka pejantan yang sesuai den cari yang sederhana besar disebabkan induk yang ada sekarang agak kecil baka KK dan ada sikit-sikit KK cross Brahman.Kenapa tak beli baka besar gedabak macam Charolais yang boleh cecah 1000kg tu buat pejantan nanti anak besar-besar?Induk den kecil jadi memang tak sesuailah pakai bapak besar-besar,risiko ibu kecil beranak anak besar sangat tinggi,kalau anak mati rugi sikit kalau ibu dengan anak mati manyak lugi ooo..satu lagi kriteria kenalah lembu yang dah biasa lepas ragut dalam ladang sawit,biar dia mengawan sambil berlari dalam kebun sawit baru 'syok' ala-ala filem Hindustan gitu.

Selepas melawat 2 kandang Feedlot yang ada pejantan den pun belilah dari seorang penternak di Kanchong,Pekan baka Brahman cross KK.Memang diternak secara lepas ragut di ladang sawit sejak berkurun lamanya dan lembu dia ada sekitar 300 ekor.Pejantan yang digunakan Brahman ori berat 1.4tan ada 2 ekor tapi sekor dah jadi habuan penyamun tarbus(kaki curi lembu).Tapi yang den beli tu umur dalam 2tahun berat dalam 250kg memang ada potensi untuk membesar lagi.Harga RM3000 tunai 'cash n carry'.Hehe..
pilih antara dua..hehe
simpan dulu kat kandang feedlot Jai,proses penyesuaian dan bagi kenal dengan tuan dia..

No comments:

Post a Comment

Nama:
Email:
no.tel:
Jenis tempahan

This form powered by Freedback