Sunday 20 April 2014



Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
  1. Kedah Kelantan (K-K)
  2. Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  3. Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
  4. Local Indian Dairy (LID)
  5. Droughtmaster
  6. Brahman.
Baka-baka lembu pedaging di dunia:

a) Kedah-kelantan (KK)

  • Warna coklat kekuningan atau hitam
  • Baka lembu pedaging tempatan
  • Sangat sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini
KK penjantan (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905)
KK pembiak (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905)
b) Brahman
  • Berasal dari India
  • Berwarna putih, kelabu, merah
  • Mudah dikenali kerana ada bonggol di tengkuk dan telinga panjang
  • Mudah beradaptasi dengan persekitaran
  • Berat dewasa mencapai 181 kg semasa umur setahun
http://www.ansi.okstate.edu/breeds/cattle/brahman/
c) Hereford / Hereford x KK
  • Hereford tulen atau kacukan dengan baka tempatan seperti KK
  • Kebanyakannya mempunyai tanduk pendek dan tebal serta agak berpintal
  • Kadar kelahiran sehingga 73%
  • Jinak, cepat membesar dan daging berkualiti tinggi
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Hereford_bull_large.jpg






d) Droughtmaster

  • Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn.
  • Berasal dari Utara Australia.
  • Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap.
  • Matang bila mencapai umur purata 630 hari.
  • Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari.
  • Berat mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2 tahun.
Droughtmaster
e) Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
  • Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging.
  • Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
  • Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.
Australian Commercial Crosses
f) Local Indian Dairy (L.l.D.)
  • Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole dari India.
  • Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK.
  • Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
  • Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana.
  • Tahan kutu dan jangkitan penyakit.
  • Berat matang ialah 280 kg.
  • Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg beratnya.
L.I.D
g) Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
  • Berwarna hitam kemerahan.
  • Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal.
  • Dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia.
  • Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg.
  • Purata berat anak semasa lahir 24 kg dan berat matang ialah 360 kg.
  • Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg sehari.
mafriwal
Ciri-ciri pemilihan baka yang baik

Penjantan:

  1. Lembu jantan berumur 1 tahun setengah
  2. Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
  3. Keturunan genetik yang bagus
  4. Libido yang tinggi
  5. Organ pembiakan yang baik dan normal
Induk betina:
  1. Induk betina sudah berumur 1 tahun
  2. Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
  3. Keturunan genetik yang subur
  4. Cepat membiak
  5. Organ pembiakan yang sempurna

No comments:

Post a Comment

Nama:
Email:
no.tel:
Jenis tempahan

This form powered by Freedback